Friday, March 26, 2010

AKTIVITI & SUKAN

Dahulu saya pada masa zaman diploma sangat menggemari aktiviti lasak dan sukan.....saya masuk Askar Wataniah... Jogging 10km hampir setiap petang... waktu petang memang dikhaskan untuk bersukan....
Zaman ambik degree pula kurang sikit aktiviti dan cuma masuk silat gayung fatani dalam Wira Laga.... silat olahraga....
Zaman sebelum kawin rajin jugak seperti aktiviti taekwondo...
Tapi sekarang ni aktiviti macam itu sangat-sangat berkurangan hinggakan perut saya telah membesar dengan besarnya....99kg ni .....oleh itu saya perlu berbuat sesuatu.... tapi malas....tu yg susahnya
Mulai 2 minggu lepas, setiap hari selasa saya berjaya pergi Gym dekat BMI walaupun untuk 1/2 jam aje la.... risau jugak....bukan risau pasal perut...tapi kesihatan....seperti organ dalaman...jantung....paru-paru...buah pinggang....

Sukan yang saya gemar ialah bowling....
Baru-baru ni saya ajar anak saya main bowling....
Dia pun minat sama

1 comment:

President (wiir2000) said...

next sem, sir ajar techno lg?