Tuesday, October 14, 2014

Kursus Asas Khas Kemahiran Pertahanan Awam Siri 1/2014

Kursus Asas Khas Kemahiran Pertahanan Awam Siri 1/2014 ini adalah anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan JPAM. Ia bermula pada 10 - 13 Oktober 2014 di ALPHA, Bangi.
Hanya saya seorang dari UniKL dan salah seorang dari 14 Pegawai Bersekutu IPT. Agensi yang terlibat ialah JPN, Jabatan Penjara, PTD, Imigresen, Politeknik, ILKKM dan Media Prima Berhad.

Inilah kumpulan KUNING , Kumpulan saya yang diketuai oleh Ustaz Tuan Ismail dari JAKIM/JPN.

Antara perkara yang dipelajari,
1. Melawan Kebakaran - kenal pasti kenapa api boleh wujud, peralatan memadam kebakaran dan juga bagaimana nak memadamkan kebakaran menggunakan Alat Pemadam Api ABC dan menggunakan kain/selimut basah.
2.  Menyelamat mangsa didalam air (kolam, sungai dan laut)
3. Asas Scuba
4. Ikatan
5. Merawat Tercekik dan CPR
6. Usungan

Selain itu dapat belajar gunakan t-baton, naik ke Bukit Broga dan pada Malam Networking dapat main bowling serta menjadi pemenang bagi Lane Lelaki paling banyak jatuhan pin. 
Inilah T-baton, senjata ini adalah dalam kawalan Polis, berlatih boleh tapi tak boleh bawa diluar.

Team Lane ni lah yang menang, No. 1 beb... rezeki dgn geng PTD ni..

Gambar ini selepas mendaki. Kepuasan dalam kepenatan

mendaki Bukit Broga memang susah dgn badan heavyweight serta sakit lutut.


 Kawan-kawan satu dorm