Friday, October 23, 2009

FOREX

Apa itu Forex?

Perkataan FOREX dipetik dari Foreign Exchange, iaitu pertukaran matawang asing oleh bank2 diseluruh dunia, berterusan selama 24 jam, 5 hari setengah seminggu.

Pasaran harian Forex ni dibuka dengan pasaran New Zealand dan Australia (5am-2pm), diikuti dengan Asia iaitu Jepun, Singapura (7am-4pm), kemudian Eropah (1pm-10pm) dan US (8pm-4am). Bagaimanapun, 3 sessi trading yg paling utama adalah Tokyo, London dan New York. Dikatakan waktu market paling aktif adalah apabila 2 sessi bertembung, iaitu sessi Tokyo – London (4pm – 5pm) dan sessi London – New York (8pm – 1am)

Memang sesuai sgt ler dgn time Malaysia….4-5 petang time minum kopi..lepak cafe…8mlm – 1pagi dah kompom ade kat rumah…layannnnn

Dengan faktor keaktifan pergerakan harga yg mencanak-canak, Forex menjadi alternatif paling popular kerana ROI nyer yg tinggi….secara purata, 5%-10% sebulan…ade yg boleh dapat lebih dari 100% sebulan…(kalau lah boleh dpt 100% sebulan…)

Matawang

Matawang utama dlm perdagangan Forex adalah USD, EUR, GBP, CHF, JPY, AUD dan CAD. Currency pair utama pula adalah currency yg berpasangan dgn USD…cth EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY dan USD/CHF. Cross pair pula adalah currency yg tidak berpasangan dgn USD, seperti EUR/JPY, EUR/CHF, GBP/JPY dan EUR/GBP.

Platform

Seperti yg sumer sedia maklum, transaksi jual beli Forex ini dilakukan secara online. Terdapat 2 jenis platform iaitu software yg anda install di PC, atau web-based melalui Internet Browser. Cth software adalah MetaTrader, VT Trader….dan web-based pula adalah Easy-Forex.

Broker

Untuk membuka akaun Forex, anda perlu membuka dgn broker. Broker ni kebiasaannya mempunyai server diorang sendiri, dan ade right untuk tarik signal pertukaran matawang dari bank, dan kemudian dipaparkan pada platform yg tertentu yg akan kite gunakan utk trade. Pasal platform dah cite kat atas…so platform ape yg broker nak pakai, terpulang kepada broker. Cth broker adalah InstaTrader, FXCM, IKOFX, CMSFX, InterbankFX, dsbg. Mengenai broker ni, ade satu lagi jenis broker…iaitu ECN Forex Broker. Dengan ECN broker ni, signal yg kite nampak di platform adalah signal direct dari bank…bukan dari server broker…so takkan ade issu seperti anti-scalping, stop-lost hunting dan sbg.

Cukup dulu utk pengenalan….to be continue…